Sunday, 12 May 2013

PRESENTATION ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

      Hari ni saya nak post / komen pasal ape yang terjadi pada hari perbentangan pada hari khamis  (09.05.2013). Hari tersebut adalah hari paling bersejarah rasanya bagi En. Azzwan sebab dalam masa 3 jam kelas hanya 2 perbentangan sahaja yang mampu dipersembahkan..Memang dugaan betul..Macam-macam masalah teknikal dan juga bukan teknikal yang berlaku..
      Seperti kebiasaan bagi para pelajar,pada hari perbentangan mesti wujud sedikit sebanyak perasaan gugup dalam diri tetapi lepas ape yang berlaku pada hari tersebut lama kelamaan kami berasa macam teruja pulak nak bentang ..=D..
       Kumpulan 12 merupakan kumpulan yang pertama dicabut undi untuk membuat perbentangan. Perbentangan kumpulan 12 sangat menarik dan tertarik dengan tajuk pantang larang. Daripada perbentangan tersebut saya lebih mengetahui sebab munasabab wujudnya atau terjadinya pantang larang tersebut. Pantang larang wujud kerana nenek moyang kita ingin menegur kita dengan cara yang tersendiri...
       Kumpulan 2 pula merupakan kumpulan yang kedua membuat perbentangan..macam dah dirancang pulak. Kumpulan 2, bentang yang kedua..haha..kumpulan 2 punya tajuk kasut,memang lain dari yag lain kan..memang best lagi-lagi bahagian video tu. Macam tengok wayang pon ade..
       Walau ape pun , all the best kepada kumpulan yang bakal membentangkan power point korang termasuk kumpulan saya iaitu kumpulan 9 ..winkwink  ^..^
    Sekian  wasalam...