Monday, 13 May 2013

SEMUT OHH SEMUT !!!

Assalamualaikum ..

             Semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'. Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu. Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!




 Sekian wasalam..

PERSONALITI ..

Assalamualaikum ..
  Hari ini kita akan tengok personaliti mengikut jenis darah..

Sunday, 12 May 2013

MAP 16

Assalamualaikum ..

    Entri pada hari ni nak kongsi tentang 'MAJLIS ANUGERAH PELAJAR' atau lebih dikenali sbg MAP..Pada hari Sabtu yang lepas, kolej KTHO telah mengadakan majlis tersebut di Dectar..Saya merupakan salah seorg ajk yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut dengan bertemakan in the garden .. wow,bunga-bunga gitu tema die..
    Warna yang telah dipilih bg menjayakan tema ini ialah arna ungu lavender..sweet gitu..Antara artis yg hadir bg menjayakan majlis ni ialah kumpulan last minute,MYT,dan kumpuln dr KTHO sendiri iaitu the rhapsody...
     Banyak kenangan pada malam tersebut..terutama sekali bila kita sendiri yg menjadi ajk untuk menjayakan majlis tersebut. Segala penat lelah kesemua ajk yg terlibat telah menjadikn majlis ini mendapat pujian drpd pengetua sendiri..Syukur alhamdulillah..


semasa majlis persiapan ..

dalam bilik vvip kt dectar..wow cantik kot..

ajk makanan dan kami memang asyik makan je kejenya..

PRESENTATION ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

      Hari ni saya nak post / komen pasal ape yang terjadi pada hari perbentangan pada hari khamis  (09.05.2013). Hari tersebut adalah hari paling bersejarah rasanya bagi En. Azzwan sebab dalam masa 3 jam kelas hanya 2 perbentangan sahaja yang mampu dipersembahkan..Memang dugaan betul..Macam-macam masalah teknikal dan juga bukan teknikal yang berlaku..
      Seperti kebiasaan bagi para pelajar,pada hari perbentangan mesti wujud sedikit sebanyak perasaan gugup dalam diri tetapi lepas ape yang berlaku pada hari tersebut lama kelamaan kami berasa macam teruja pulak nak bentang ..=D..
       Kumpulan 12 merupakan kumpulan yang pertama dicabut undi untuk membuat perbentangan. Perbentangan kumpulan 12 sangat menarik dan tertarik dengan tajuk pantang larang. Daripada perbentangan tersebut saya lebih mengetahui sebab munasabab wujudnya atau terjadinya pantang larang tersebut. Pantang larang wujud kerana nenek moyang kita ingin menegur kita dengan cara yang tersendiri...
       Kumpulan 2 pula merupakan kumpulan yang kedua membuat perbentangan..macam dah dirancang pulak. Kumpulan 2, bentang yang kedua..haha..kumpulan 2 punya tajuk kasut,memang lain dari yag lain kan..memang best lagi-lagi bahagian video tu. Macam tengok wayang pon ade..
       Walau ape pun , all the best kepada kumpulan yang bakal membentangkan power point korang termasuk kumpulan saya iaitu kumpulan 9 ..winkwink  ^..^
    Sekian  wasalam...

Thursday, 9 May 2013

FAKTA ..

Assalamualaikum .....
     Jom kita berkongsi ilmu ~




NABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum.

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi baginda melarang keras hal tersebut. Ternyata dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2).

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.

... semoga bermanfaat...

BULAN REJAB =D

Assalamualaikum ......
      Hari ni saje nak kongsi-kongsi ilmu dengan kawan-kawan semua ....