Assalamualaikum dan selamat sejahtera,Harini nak cerita pasal presentation power point untuk sesi yang kedua..Masa yang diberikan untuk kumpulan yang membuat perbentangan pada sesi sebelah pagi hanya 15 mnt termasuk persediaan. kumpulan 6 , kumpulan ini membentangkan mengenai pertolongan cemas disertakan dengan video mengenai pertolongan cemas. Mereka turut menerangkan jenis-jenis ubat yang terdiri daripada ubat telan dan ubat sapu serta jenis aksesori dan pembalut.
kumpulan 5 merupakan kumpulan kedua yang membentangkan mengenai nostalgia zaman kanak-kanak.Dalam slide perbentangan mereka ade menerangkan tentang cerita-cerita yang popular pada zaman kanak-kanak spt dargon ballz. Seterusnya mereka memberikan contoh-contoh permainan yg selalu dimain waktu zaman kanak-kanak dan ianya amat berbeza dgn kanak-kanak zaman sekarang yang kebnyakan bermain permainan yg berteknologi spt game ,tab..
Kumpulan seterusnya adalah kumpulan 11 yg membuat tentang gubahan yang dibuat keats buah-buahan dan kebiasaannya dilakukan untuk majlis-majlis rasmi spt hantaran utk majlis perkahwinan.mereka turut menyediakan video tentang cara-cara membuat gubahan dan rupa-rupanya ada 24 jenis pisau yg digunakan untuk membuat gubahan tersebut.
Seterusnya ialah kumpulan 16 yang membentangkan mengenai cara-cara untuk mengatasi stress.mereka menerangkan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan terjadinya stress dikalangan masyarakat.kumpulan 10 pula menerangkan tantang aplikasi mobile,iaitu aplikasi-aplikasi sbg media sosial spt whatsup,viber dan instgram.
Kumpulan 4 pula menerangkan tentang pakaian tradisional yg terdiri drpd kaum melayu,cina dan india dan video yang mereka hasilkan amat menarik . Seterusnya ialah kumpulan 7 iaitu kumpulan saya sendiri.Kami menerangkan mengenai coklat disamping membuat tutorial cara-cara membuat coklat.Akhir sekali bg sesi pagi ialah kumpulan 9 yang membentangkan tentang fenomena video parodi. untuk video merekanmmg video paling menarik antara kumpulan yg lain dan mmg kelakar.
Sekian ,wasalam
No comments:
Post a Comment