Wednesday, 24 April 2013

SENYUM ..

                         



 
   Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Tahukah anda, 15 fakta menarik tentang senyuman? Jom baca.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_27556.gif?395248620
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.

Wednesday, 10 April 2013

DEBAT !!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
      Pada hari-hari terakhir kami menjalankan latihan palapes, kami telah diberikan tugas untuk mengadakan debat yang paling terbaik untuk dipersembhkan kpd Tuan CI ..kami telah diberi peluang untuk memilih tajuk debat itu sendiri ...DAN ....tajuknya ialah SUAMI SURIRUMAH vs ISTERI BEKERJAYA...yeah tajuk yg sgt panas sehinggakn kaum adam terasa dicabar...macam-macam ragam yg telah ditunjukkan dalam debat ini..debat ini dibuat 2 kali dgn ahli-ahli panel yg berlainan(kalau bole nak buat byk kali dgn tajuk ni)hahah....
      Dari situ kami sbg kaum hawa dpt lihat kaum-kaum adam ini terlalu emosional (haha,padan muke korg) dan memang korg macam cacing kepanasan..xsenang duduk ye..=p...dan..perdebatan ini diteruskan didalam group facebook pula..mmg betul-betul serious mereka ni..adioss...
      Tetapi Tuan CI pernah bgtau..walau ape pon terjadi kaum adam perlu dihormati dan tugas mencari nafkah keluarga adalah tanggungjawab mereka dan para-para isteri bole membantu ...
 Sekian,wasalam...
     
tengah memikirkan idea-idea untuk menyangkal antara satu sama lain..
dalam dewan kuliah dekat markas..

25 km ..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
      Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman menjalani latihan sepanjang cuti mid sem ni.. Kami telah dibawa oleh jurulatih untuk menjalani latihan di Sepang..Kami telah diberi ujian (kira macam main explorace tu) dimana di setiap "check point" terdapat makanan dan minuman..Jika kami sesat,kebulur la jwbnya...Ujian pandu arah ini memang agak berat kerana kami akan berjalan kaki selama 2 hari sejauh 25 km(rasenye mcm lebih) dgn membawa bag pack yg seberat 5 kg...
     Memang ujian mental dan fizikal betullah...Latihan seperti ini akan membentuk peribadi kami untuk lebih berdikari jika berlaku apa-apa perkara yang bakal terjadi..Kami dalam satu kumpulan hanya diberi kompas dan peta serta perlu mencari jln keluar dr hutan tersebut sebelum sampai ke check point (ade 3 check point)...mmg lelah rasenya..naik turun bukit yg curam sambil membawa bag dan dalam keadaan hujan lebat...
      Dari situ timbulnya sikap kerjasama antara kami iaitu palapes ukm ( ukm + usim) sebagai satu skuad..alhamdulillah kami mampu menyelesaikannya walaupun mengalami sedikit kecederaan..kecederaan tidak mematahkan semangat kami utk terus berusaha menamatkan ujian ini..Tahniah kepada rakan-rakan semua..
    sekian , wasalam...

sejauh mana pun perjalanan kita,jangan pernah lupa pada jasa ibu dan bapa...

     

Tuesday, 9 April 2013

MATRIK ...

Assalamualaikum semua....
    RINDU matrik !!! huh..bile la nak buat reunion ni...rindu dgn geng-geng "kepale tak betul" ..hahah..rindu dgn budak-budak kelas terutamanya dekat si hero kelas kami yg 2 org tu (ramai kn)hahah...rindu jugak dgn pensyarah-pensyarah yg byk memberi kami tunjuk ajar sehingga kami dpt melanjutkn pelajaran sehingga ke peringkat sekarang ini...alhamdulillah..syukur kpd Allah swt...
asalnya HERO kami ade 4..tp,yg BERTAHAN hnye 2 jelah..
(ustaz pernah ckp yg dorg tu sbg penande batu nisan kelas...sorg kiri sorg kanan)
=D



orang lain sibuk belajar utk final exam,kami bole lg jln2 pegi morib...
da la tu pegi tgh2 pantai pakai baju kurung..
so sweet..haha =p

blues day !!haha..

ILUSI

Assalamualaikum wbr dan selamat sejahtera..
     entry kali ni saya nk uji minda anda ..haha...
ilusi sekeping coklat yang menarik...anda fikir anda bijak ?..cube selesaikannya..=)

SUKA SUKI ..

Assalamualaikum wbr dan selamat sejahtera...

        Sebenanya xtau nk post ape utk hari ni..sbb da xde idea..maklumla,minggu ni kn cuti mid sem..otak pon cuti sekali la..haha..tp,kalau kelas en Azzwan,cuti ke tidak post harus diteruskan.....pheww...
        Bile cite pasal cuti mid sem ni,mesti akan keluar cite pasal exam kn..haruslah !! dan yg paling penting,assignment nk kene hantar !! aiyooo...byk lg yg tak siap ..tu la akibat suka sangat tangguh keje sampai jadi tinggi macam gunung everest kan.. (padan muke untuk diri sendiri)..=p
        Biasala tu kan..name pon student,mesti favourite part ---> suke buat keje last minutes,,,lepas tu mule la kelam kelibut macam lipas kudung tu hah..ade yg sampai xmkn ,x tido (mate pon mcm panda ) gara-gara nak siapkn keje yg tertunggak ...baru tau mase tu langit tiggi ke rendah kn..=D
         Perkara ni mesti jadi kat semua pelajar lah.xde yg terkecuali....kalau ade pon ,JARANG-JARANG ..
         ni je kot utk entry hari ni..hahah..maaf la..otak tgh blurr ...xbole nk tulis panjang-panjang.....nanti merapu...
        sekian ,wasalam..
musuh paling KETAT !! hahah

kalau ikut perkara ni..mmg hancur la study oii...

mase-mase nk exam,baru la besengkang mate nk belajar semua..ingat sempat ke?haha..mate pon da mcam panda...huu


Monday, 1 April 2013

NASIHAT..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

    hari ni saya nk berkongsi sedikit nasihat dan pesanan dr IMAM GHAZALI..same-same lah kite manfaatkannya...InsyaAllah..=D



TAHUKAH KAMU >> Pesan IMAM GHAZALI ??

Imam Ghazali = “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Orang tua“
Murid 2 = “Guru“
Murid 3 = “Teman“
Murid 4 = “Kaum kerabat“
Imam Ghazali = “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahwa setiap yang bernyawa pasti akan mati” (Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”
Murid 1 = “Negeri Cina“
Murid 2 = “Bulan“
Murid 3 = “Matahari“
Murid 4 = “Bintang-bintang“
Iman Ghazali = “Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kendaraan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama“.

Iman Ghazali = “Apa yang paling besar di dunia ini ?“
Murid 1 = “Gunung“
Murid 2 = “Matahari“
Murid 3 = “Bumi“
Imam Ghazali = “Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali= “Apa yang paling berat didunia?“
Murid 1 = “Baja“
Murid 2 = “Besi“
Murid 3 = “Gajah“
Imam Ghazali = “Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = “Apa yang paling ringan di dunia ini ?”
Murid 1 = “Kapas“
Murid 2 = “Angin“
Murid 3 = “Debu“
Murid 4 = “Daun-daun“
Imam Ghazali = “Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat“.

Imam Ghazali = “Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = “Pedang"
Imam Ghazali = “Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “.

Semoga kita bisa mengambil manfa'at dan hikmahnya. Amin..
 sekian ,wasalam