Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Microsoft Access..memang sukar nak faham dgn Access ni..rumit,payah,susah dan macam-macam lah..risau jugak bila ade ujian utk memenuhi syarat-syarat pembelajaran bagi aplikasi komputer ni..pertama kali buka microsoft access ni ,memang terkejut,sebab mula-mula ingatkan senang je nak faham..tapi hakikatnya memang susah .. kalau tak kene dgn softwarenya memang tutup laptop dan terus tidur la jwbnya..
Mase mula-mula diberi tugasan berkumpulan,kami sekumpulan agak bingung jugak sbb diberi tajuk queries..tajuk yg paling susah nak faham...mase buat perbentangan mmg xdpt nk bentang sebab kami sekumpulan tak faham..akhir sekali Sir Azzwan yg tolong terangkan(terima kasih sir)..
Tugasan kedua pula diberi dengan menggunakan access, tugasan membuat data-data yg lengkap menggunakan access dan kami memilih tajuk sistem maklumat pelajar sebagai tajuk utama..mula-mula nak buat memang boleh lg,tp bila da masuk bahagian swicthboard,masing-masing dah pening..Tambahan pula kami buat keje pada minit-minit terakhir..boleh dikatakan tension sangat-sangat..fuhh..Setelah mendapat rujukan drpd Sir Azzwan.akhirnya kami telah berjaya hantar pada tarikh yang telah ditetapkan..Alhamdulillah..
Keesokan harinya pula adalah lab test 2 (microsoft access) ...gementar dan takut..tp berkat apa yang telah kami praktikkan pada masa tugasan dua dahulu dan juga berkat tunjuk ajar Sir Azzwan, kami berjaya melakukannya walaupun tidak semahir atau secantik seperti mereka yg telah mahir dlm access ini..

No comments:
Post a Comment