Monday, 3 June 2013

KEK BATIK ..

Assalamualaikum ..

    Hari ni saje nak kongsi antara kek yang paling senang sekali nak buat..tak payah nak susah-susah..Iaitu kek BATIK ..=DD..banyak-banyak kek,kek batik lah yang paling senang sekali buat kat dunia ni..tak payah nak bakar-bakar,tak payah guna tepung..dan yang paling penting,kos membuatnya memang murah!

Bahan-bahan:
1 paket milo (saiz kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla.
Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu cair. Kacau non stop
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan =DD
                        
Sekian ,wasalam

   

No comments:

Post a Comment