Tuesday, 4 June 2013

STUDY WEEK , FINAL ..



Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

      Pejam celik pejam celik tengok-tegok dah minggu ke-15 ...whoaaa !! minggu belajar atau lebih dikenali sbg study week la kan..rase macam baru smlm je masuk sem 2 .. huh..sedia ke tak sedia ke,memang ini lah perkara yang akan dihadapi oleh setiap pelajar..study week dan final exam..perkara yang paling penting dan memang sangat-sangat mempengaruhi masa depan kami..
      kalau da dikaitkan dengan study week sudah semestinya akan berpasangan dengan last minute study..itu dia satu batu besar yang menghempap kami sbg para pelajar..tu la sapa suruh main-main dulu kan ..hah kan dah kene ...semuanya dilakukan last minute la..dgn tugasan yang perlu dihantar pada minggu ke 15 ,nak belajar lagi...memang terbaik ..belajar dari kesilapan ye para pelajar sekalian..=D
       Jangan tension-tensionkan diri anda semua..apa yang penting kita redha =)..lakukan apa yang termampu dan yang paling penting percaya pada kebolehan diri kita, berkeyakinan,berdoa ke hadrat Ilahi,mintak restu ibubapa dan tawakal..
       Akhir sekali semoga berjaya kepada rakan-rakan sekalian...
-gudluck-
   Sekian wasalam...

MALU ? jom "COVER LINE" =D




Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

    Post kali ni untuk lawak-lawak sahaja...tidak ade kene mengena sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..=) korang semua mesti pernah  melalui situasi memalukan , dan dek kerana tak pandai nak cover line korang akhirnya mendapat malu bertimpa-timpa lagi , jadi pentingnya utk tahu cara nak coverline ni. Di bawah ni contoh situasi kalau berlaku kat korang , jadi korang boleh cover line dari mendapat malu :

              1. Kalau tersepak batu dan jatuh: Korang  Jangan terus bangun, sebaliknyer korang baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai…lepas tu baru bgn bila takde orang nampak.. takpun korang beristighfar , memohon keampunan kpd allah mungkin balasan dosa silam korang . jadi kalau  orang  sekeliling korang tengok pun sejuk hati tak jadi nak gelak kan korang , malahan memuji sifat dan peribadi korang yg mulia tu ..


              2. Kalau terjatuh basikal atau motor: cepat-cepat naik basikal @motor korang semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat korang saje-saje buat lawak atau sedang berlatih aksi-aksi willy ke mnggunakan besikal…

             3. Kalau terjatuh tangga: korang terus bersilat seolah-olah korang dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus… kalau tak reti nak  bersilat korang buat la senaman ringan kat tangga tu ..

            4. Kalau terjatuh dalam longkang: korang pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka korang seorang  rakyat yang amat prihatin terhadap kebersihan… kalau takde sampah , korang buat2 lah mencari dgn muka nerves, cuak dan risau , kononnya barang berharga korang jatuh dlm longkang.

Sekian ,wasalam....

MELAKA =DD

Assalamualaikum ..

Sebelum nak amek final exam,kene lah jalan-jalan cuci mata dulu kn.
destinasi yg dituju ialah MELAKA..
pertama kali naik bas sorang-sorang mmg adventure betul..
perjalanan yg amat mengantuk..
dalam bas tidur jela jwbny..
lgpon bukan jauh mne pon melaka tu kan..
antara tempat-tempat yg dilawati:
  ~jonker walk
  ~menara taming sari
  ~river cruise
  ~dll
mmg pengalaman yg xdpt nk  dilupakn ..
=DD



Monday, 3 June 2013

MICROSOFT ACCESS OHH ACCESS ..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..
 
   Microsoft Access..memang sukar nak faham dgn Access ni..rumit,payah,susah dan macam-macam lah..risau jugak bila ade ujian utk memenuhi syarat-syarat pembelajaran bagi aplikasi komputer ni..pertama kali buka microsoft access ni ,memang terkejut,sebab mula-mula ingatkan senang je nak faham..tapi hakikatnya memang susah .. kalau tak kene dgn softwarenya memang tutup laptop dan terus tidur la jwbnya..
  Mase mula-mula diberi tugasan berkumpulan,kami sekumpulan agak bingung jugak sbb diberi tajuk queries..tajuk yg paling susah nak faham...mase buat perbentangan mmg xdpt nk bentang sebab kami sekumpulan tak faham..akhir sekali Sir Azzwan yg tolong terangkan(terima kasih sir)..
  Tugasan kedua pula diberi dengan menggunakan access, tugasan membuat data-data yg lengkap menggunakan access dan kami memilih tajuk sistem maklumat pelajar sebagai tajuk utama..mula-mula nak buat memang boleh lg,tp bila da masuk bahagian swicthboard,masing-masing dah pening..Tambahan pula kami buat keje pada minit-minit terakhir..boleh dikatakan tension sangat-sangat..fuhh..Setelah mendapat rujukan drpd Sir Azzwan.akhirnya kami telah berjaya hantar pada tarikh yang telah ditetapkan..Alhamdulillah..
  Keesokan harinya pula adalah lab test 2 (microsoft access) ...gementar dan takut..tp berkat apa yang telah kami praktikkan pada masa tugasan dua dahulu dan juga berkat tunjuk ajar Sir Azzwan, kami berjaya melakukannya walaupun tidak semahir atau secantik seperti mereka yg telah mahir dlm access ini..

KEK BATIK ..

Assalamualaikum ..

    Hari ni saje nak kongsi antara kek yang paling senang sekali nak buat..tak payah nak susah-susah..Iaitu kek BATIK ..=DD..banyak-banyak kek,kek batik lah yang paling senang sekali buat kat dunia ni..tak payah nak bakar-bakar,tak payah guna tepung..dan yang paling penting,kos membuatnya memang murah!

Bahan-bahan:
1 paket milo (saiz kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla.
Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu cair. Kacau non stop
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan =DD
                        
Sekian ,wasalam

   

PENGGANTI AIR MASAK...

Assalamualaikum dan selamat sejahatera..
jom kongsi sama-sama =)

         Rasanya setiap orang tahu air masak merupakan kunci utama untuk hidup secara sihat. Minum lapan  gelas air masak setiap hari dapat mencegah kita daripada terkena penyakit.  Tapi kebiasaannya tekak kita pun boleh  jemu jika minum air masak hampir setiap masa. Selain daripada air masak, banyak lagi minuman sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita disamping menghilangkan dahaga. Jom kita lihat antaranya:
JUS OREN
Sapa yang tak kenal air ni kan? Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan memerangi peradangan yang dapat menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yang makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat untuk  melindungi arteri dalam darah. Tapi kena ingat kandungan gula pon perlu diambil kira,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.
TEH CHAMOMILE
Selain menghilangkan dahaga teh chamomile boleh membuatkan kita tenang. Orang yang meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama dua bulan akan dapat mengurangkan kecemasan di dalam dirinya, (sebuah laporan ujikaji dari University of Pennsylvania di Philadelphia).
JUS CRANBERRY
Segelas jus Cranberry dapat mencegah penyakit gusi dengan membunuh bakteria yang datang dari mulut. Jus Cranberry juga kaya dengan vitamin C, mengurangkan tekanan kolesterol dan menjaga saluran darah kita dengan baik.
SUSU COKLAT
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat dan protein, membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti harian.  Kajian dari American College of Sports Medicine di Seattle mengatakan atlet yang minum susu coklat selepas latihan dapat  mengurangkan kadar kerosakan otot setelah empat hari mejalani latihan berbanding mereka yang minum air masak atau minuman pemulihan lainnya. Bancuh susu dengan hanya 2 sudu coklat yang memiliki kurang dari 20 g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga, badan juga terasa lebih segar dan bertenaga.
TEH HIJAU
Teh hijau dikatakan membantu dalam mengawal berat badan. Tikus yang di uji minum teh hijau sebanyak 22%  turun berat badan daripada hari sebelum minum teh hijau. Menurut kajian di Jurnal International Obesiti  minuman ini dapat meningkatkan metabolisme kita dan menjadikan lemak dalam tubuh mudah terbakar. Selain itu, antioksidan dalam teh hijau juga dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
JUS TOMATO
Jus tomato dapat menurunkan risiko kanser dalam tubuh kita kerana kandungan dalam buah ini sarat vitamin dan lycopene, yang mampu melindungi sel badan daripada dari kanser. Jus tomato boleh diminum dengan tambahan rempah-rempah dan batang seledri setiap hari.
TEH HITAM
Salah satu kebaikan teh hitam ialah dapat membantu menangkis kanser kulit. Kandungan yang terdiri dari flavonoid, iaitu antioksidan yang membawa zat antikanser. Kajian menunjukkan bahawa meneguk satu cawan teh atau lebih dalam sehari dapat menurunkan risiko penumbuhan sel karsinoma skuamosa iaitu sel kanser kulit di dalam tubuh. Panas atau sejuk, teh hitam adalah minuman yang bagus untuk merawat kulit.

PESAN SEORANG SAHABAT...

Assalamualaikum,
Di sini aku nak share cerita yang aku terbaca dari blogger favourite aku. Cerita ni agak menyentuh hati aku untuk menghargai orang lain terutama sahabat dan juga hidup kita sendiri.


"Sufi, final dah dekat. Kau selamba layan movie, online 24/7."

"Not in mood nak study lah. Semua pun tak masuk."

"Stress?"

"Give up."

"Sebab?"

"Entah. Kosong."

"Sufi.."


"Apa benda lagi kau ni?"

"Aku pinjam nota kau hari tu."

"Ambil je apa kau nak."

Kotak rokok dikeluarkan dari kocek seluar. Faris sekadar perhati.


"Kau nak sebatang?" Rokok disua.

Geleng. "Nope. Aku tak sedut benda yang haram."

Ekor mata Sufi menjeling sekilas tubuh roommate nya.

"Kalau taknak, cakap taknak. Tak payah cakap haram siot." Lighter disua ke hujung puntung rokok. Kemudian disedut sepuasnya. Mata dipejam rapat.

"Sufi, aku mintak maaf. Tapi cuba kau buka surah Al Baqarah, ayat 195."

"Nak buat apa?" Asap rokok dihembus perlahan.

Allah berfirman, "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan."

"Rokok ni bagi ketenangan kat aku, kau apa tahu." Sufi berdiri, nak pergi dari member yang membebel tak berhenti. 

Dari kat bilik, sampai kat universiti budak ni duk bising. Takde life ke cane member aku ni.

Faris senyum. Senyum terkilan. Takpe beb. Kau belum faham.

"Well Faris, thanks anyway. Cuma aku peliklah. Kita ni budak medik, bukan budak syariah, bukan budak agama. Kenapa kau bajet nak jadi ustaz eh? Kau salah pilih course ke dulu?"

Geleng. "Takdelah Sufi. Aku memang nak ambil medik. Sebab aku rasa, Islam tu bukan cuma boleh di amalkan kepada budak yang ambil kos agama je. Kita ni patutnya kena berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Kita kan belajar apa yang Allah cipta, sepatutnya dah boleh buka mata, buka hati untuk tengok ajaibnya ciptaan Allah."

"Kau cakap macam ustazlah. Macam mak nenek pun ada. Buang masa aku."

Sufi memalingkan badan, membelakangi Faris. Rokok dilepaskan. Dipijak. Terus berlalu pergi. "Puas?"

Argh kawan! Kau tak faham. Tapi aku mana boleh putus asa. Kau kawan aku. Kawan sampai syurga. Aku bukan sengaja tekankan sangat pasal ni. Aku ada sebab sendiri. Aku sayang kau.

Kopiah ditanggalkan dari kepala. Dilipat dan dimasukkan ke dalam kocek seluar. Memandang tubuh sahabatnya yang semakin hilang dari pandangan.




Faris, bukan aku tak faham apa yang kau nak sampaikan. Aku cuma terkilan. Aku rasa baik aku mati, dari hidup dalam sakit yang macam ni. Kau takkan faham. Kau budak baik. Kau mana tahu. Putus cinta tu perit. Perit yang aku tak tahu nak cakap macam mana.

Sufi melepaskan lelah. Rasa macam tak guna dah hidup ni.

"Faris, maafkan aku."

Terpacul dari bibirnya. Tapi dia yakin Faris takkan dengar, sebab Faris bukan ada di sekitar. Tambah suaranya perlahan.


*****

Usai talkin. Semua orang mula meninggalkan Tanah Perkuburan Al Hikmah.

"Kawan, aku minta maaf." Air matanya tumpah lagi.

"Aku tak pernah sangka, rokok akan buat kita terpisah selamanya kat dunia ni." Bisiknya pada kubur yang masih merah, basah.


Sufi batuk teruk. Batuk Sufi buat Faris terjaga.

"Sufi, kau okay tak ni?" Faris mengusap belakang tubuh Sufi. 

Dah pukul 2 pagi.. Desas hati kecil Faris. Tapi takpe lah. Member dah sakit, takkan aku nak sambung tidur pulak.

Faris berdiri. "Sufi, jom aku bawa kau pergi hospital."

Sufi hanya menurut. Batuknya berdarah. Wajahnya pucat. Badannya lemah.

Risau. Satu perkataan yang boleh digambarkan ketika itu.

Kunci kereta dicapai, Sufi dibawa masuk ke dalam kereta. Hilman, salah seorang housemate mereka turut bantu sama.

"Man, aku drive. Kau jaga Sufi kat belakang." Suara Faris resah. Fikirannya cuma satu, Allah pasti akan bantu. Gelisah, hatinya tak menentu.

"Okey Faris. Kau drive hati-hati. Aku boleh jaga dia kat belakang." Pelajar medik tahun akhir itu menepuk bahu Faris dua kali.

Usai tiba di hospital, Hilman bawa Sufi ke pusat kecemasan. Faris hendak ke tandas dulu.


"Allahuakbar..." Lelah suara Faris.

Muntahnya darah. Badannya lemah.

Faris sandar di dinding tandas. Terduduk. Dadanya sesak. Sakit. "Ya Allah, sakitnya.."

Mata Faris berkaca. Dadanya sempit. "Aku belum makan ubat." Seluruh tubuh terasa kejang.

"Ya Allah, kalau ini masanya, aku redha ya Allah. Tapi, selamatkanlah Sufi. Biar aku jadi pengajaran untuk dia."

Berpeluh tubuh Faris menahan sakit. Bibirnya meratib zikrullah tanpa henti. Menitis air matanya. "Laa ilaha illallah..."

Perlahan suara Faris mengucap syahadah. Bersaksi tiada tuhan selain Allah. Lalu matanya terpejam rapat.


Sufi menahan esak.

Malam tu, dia tak apa-apa. Cuma ada sedikit kerosakan pada paru-paru akibat terlalu kerap merokok. Namun sahabatnya, Faris dijemput pergi. Selama-lamanya dia pergi dari dunia. Akibat kanser paru-paru yang dihidapinya.

"Faris, semua nasihat yang kau bagi, aku akan amalkan. Kawan, nanti aku kejut kau bangun subuh ya? Jangan tinggalkan aku lama-lama. Esok kita solat subuh berjemaah. Aku dah taknak burn solat. Biar giliran aku kejut kau pula. Tau Faris?" Bisik Sufi pada kubur sahabatnya. Air matanya gugur laju.

Dari belakang, Hilman merapatinya, "Sufi, kami, housemates kau kan ada. Kau boleh solat jemaah dengan kami. Jangan macam ni. Jom, kau join usrah kami mulai hari ni. Dia dah pergi, kau kena redha. Sebab semua yang hidup pasti akan merasai mati. Kau, aku, Faris, semua akan mati." Perlahan suara Hilman, menahan hiba.

Faris, naqib usrah mereka akhirnya pergi dijemput Ilahi. Namun, perginya hanya jasad. Semangat Faris masih terus kekal dalam jiwa mereka. Untuk jadi mukmin berguna.


     Jadi, hargailah apa yang ada di sekeliling kita sebelum kita kehilangan untuk selama-lamanya. Hidup itu sekali, mati itu pasti. Selamat beramal :)

Insan tak sempurna...

PRESENTATION 2 ..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
      Harini nak cerita pasal presentation power point untuk sesi yang kedua..Masa yang diberikan untuk kumpulan yang membuat perbentangan pada sesi sebelah pagi hanya 15 mnt termasuk persediaan. kumpulan 6 , kumpulan ini membentangkan mengenai pertolongan cemas disertakan dengan video mengenai pertolongan cemas. Mereka turut menerangkan jenis-jenis ubat yang terdiri daripada ubat telan dan ubat sapu serta jenis aksesori dan pembalut.
      kumpulan 5 merupakan kumpulan kedua yang membentangkan mengenai nostalgia zaman kanak-kanak.Dalam slide perbentangan mereka ade menerangkan tentang cerita-cerita yang popular pada zaman kanak-kanak spt dargon ballz. Seterusnya mereka memberikan contoh-contoh permainan yg selalu dimain waktu zaman kanak-kanak dan ianya amat berbeza dgn kanak-kanak zaman sekarang yang kebnyakan bermain permainan yg berteknologi spt game ,tab..
       Kumpulan seterusnya adalah kumpulan 11 yg membuat tentang gubahan yang dibuat keats buah-buahan dan kebiasaannya dilakukan untuk majlis-majlis rasmi spt hantaran utk majlis perkahwinan.mereka turut menyediakan video tentang cara-cara membuat gubahan dan rupa-rupanya ada 24 jenis pisau yg digunakan untuk membuat gubahan tersebut.
       Seterusnya ialah kumpulan 16 yang membentangkan mengenai cara-cara untuk mengatasi stress.mereka menerangkan faktor dalaman dan faktor luaran yang menyebabkan terjadinya stress dikalangan masyarakat.kumpulan 10 pula menerangkan tantang aplikasi mobile,iaitu aplikasi-aplikasi sbg media sosial spt whatsup,viber dan instgram.
      Kumpulan 4 pula menerangkan tentang pakaian tradisional yg terdiri drpd kaum melayu,cina dan india dan video yang mereka hasilkan amat  menarik . Seterusnya ialah kumpulan 7 iaitu kumpulan saya sendiri.Kami menerangkan mengenai coklat disamping membuat tutorial cara-cara membuat coklat.Akhir sekali bg sesi pagi ialah kumpulan 9 yang membentangkan tentang fenomena video parodi. untuk video merekanmmg video paling menarik antara kumpulan yg lain dan mmg kelakar.
Sekian ,wasalam

SUPER WEDNESDAY ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
   fuhh ...lega jugak akhirnya bila "super wednesday" akhirnya telah berjaya ditempuh..Permulaan hari rabu yang agak bengang jugak apabila line internet tidak tersambung sedangkan permainan mogul lagi 4 mnt sahaja akan ditamatkan bagi quarter yang kedua..Kami sekumpulan berlarian di sepanjang dectar hanya untuk mencari line internet semata-mata..fuh !! nasib baik TA kami memberi sedikit lagi masa untuk kami terus membuat quarter kedua..
   Penuh jugak Dectar masa hari rabu tu,pelajar- pelajar perubatan turut sama-sama menjayakan program CESMED ini..Detik cemas apabila lagi 2 mnt permainan akan ditamatkan, laptop yg kumpulan kami gunakan tidak dapat mengakses line internet sementara TA pula ingin memproses quarter yang terakhir itu..Syukur Alhamdulillah semuanya dapat diatasi dan kami dpt menghabiskan kesemua quarter.Terima kasih kpd kumpulan ACCESSION atas kerjasama kawan-kawan semua ! =DD

Monday, 13 May 2013

SEMUT OHH SEMUT !!!

Assalamualaikum ..

             Semut adalah serangga yang sangat kuat. Seekor semut boleh membawa barang yang 30 kali lebih berat daripada berat badannya. Kekuatan semut terletak pada rangka di luar badannya yang dikenali sebagai ‘exoskeleton'.`Exoskeleton' dan susunan otot khas pada tubuh semut memberi kekuatan kepada semut. `Exoskeleton' melindungi semut daripada cuaca, kecederaan dan kehilangan air. Lapisan pada rangka itu mengandungi pelbagai organik yang dikenali sebagai `chitin'. Seperti manusia, semut hidup dalam kelompok masyarakatnya sendiri dan mempunyai tiga bidang kepakaran dalam mencari makanan. Kepakaran iaitu terbahagi kepada mengumpul, memburu dan penanam. Sistem itu dipercayai telah wujud sejak kira-kira 40 juta tahun lalu. Di Amerika Utara, terdapat beberapa spesies semut yang mempunyai watak tersendiri ini termasuklah tukang kayu, askar, pengumpul biji-bijian, penanam kulat malah pencuri dan peminta sedekah. Wohoo..cool!




 Sekian wasalam..

PERSONALITI ..

Assalamualaikum ..
  Hari ini kita akan tengok personaliti mengikut jenis darah..

Sunday, 12 May 2013

MAP 16

Assalamualaikum ..

    Entri pada hari ni nak kongsi tentang 'MAJLIS ANUGERAH PELAJAR' atau lebih dikenali sbg MAP..Pada hari Sabtu yang lepas, kolej KTHO telah mengadakan majlis tersebut di Dectar..Saya merupakan salah seorg ajk yang terlibat bagi menjayakan majlis tersebut dengan bertemakan in the garden .. wow,bunga-bunga gitu tema die..
    Warna yang telah dipilih bg menjayakan tema ini ialah arna ungu lavender..sweet gitu..Antara artis yg hadir bg menjayakan majlis ni ialah kumpulan last minute,MYT,dan kumpuln dr KTHO sendiri iaitu the rhapsody...
     Banyak kenangan pada malam tersebut..terutama sekali bila kita sendiri yg menjadi ajk untuk menjayakan majlis tersebut. Segala penat lelah kesemua ajk yg terlibat telah menjadikn majlis ini mendapat pujian drpd pengetua sendiri..Syukur alhamdulillah..


semasa majlis persiapan ..

dalam bilik vvip kt dectar..wow cantik kot..

ajk makanan dan kami memang asyik makan je kejenya..

PRESENTATION ...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

      Hari ni saya nak post / komen pasal ape yang terjadi pada hari perbentangan pada hari khamis  (09.05.2013). Hari tersebut adalah hari paling bersejarah rasanya bagi En. Azzwan sebab dalam masa 3 jam kelas hanya 2 perbentangan sahaja yang mampu dipersembahkan..Memang dugaan betul..Macam-macam masalah teknikal dan juga bukan teknikal yang berlaku..
      Seperti kebiasaan bagi para pelajar,pada hari perbentangan mesti wujud sedikit sebanyak perasaan gugup dalam diri tetapi lepas ape yang berlaku pada hari tersebut lama kelamaan kami berasa macam teruja pulak nak bentang ..=D..
       Kumpulan 12 merupakan kumpulan yang pertama dicabut undi untuk membuat perbentangan. Perbentangan kumpulan 12 sangat menarik dan tertarik dengan tajuk pantang larang. Daripada perbentangan tersebut saya lebih mengetahui sebab munasabab wujudnya atau terjadinya pantang larang tersebut. Pantang larang wujud kerana nenek moyang kita ingin menegur kita dengan cara yang tersendiri...
       Kumpulan 2 pula merupakan kumpulan yang kedua membuat perbentangan..macam dah dirancang pulak. Kumpulan 2, bentang yang kedua..haha..kumpulan 2 punya tajuk kasut,memang lain dari yag lain kan..memang best lagi-lagi bahagian video tu. Macam tengok wayang pon ade..
       Walau ape pun , all the best kepada kumpulan yang bakal membentangkan power point korang termasuk kumpulan saya iaitu kumpulan 9 ..winkwink  ^..^
    Sekian  wasalam...

Thursday, 9 May 2013

FAKTA ..

Assalamualaikum .....
     Jom kita berkongsi ilmu ~




NABI MUHAMMAD SAW melarang para sahabatnya meniup air panas yang akan diminum.

Baginda tidak menerangkan kenapa tapi baginda melarang keras hal tersebut. Ternyata dalam penelitian Sains, air panas (H2O) yang bertemu karbondioksida (CO2) yang dihembuskan oleh mulut (manusia mengeluarkan CO2).

Maka akan menghasilkan persenyawaan H2CO3, asam karbonat. Dan jika asam karbonat ini masuk ke dalam tubuh manusia, maka akan mengakibatkan penyakit jantung.

... semoga bermanfaat...

BULAN REJAB =D

Assalamualaikum ......
      Hari ni saje nak kongsi-kongsi ilmu dengan kawan-kawan semua ....




Wednesday, 24 April 2013

SENYUM ..

                         



 
   Senyum memberi bahagia, tapi tak dinafikan ramai di antara kita terlupa untuk melakukan senaman yang paling mudah ini. Senyum semestinya mempunyai banyak kelebihan. Tahukah anda, 15 fakta menarik tentang senyuman? Jom baca.

1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang ‘sudah sejuk’ ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan ‘gembira’. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon ‘endorphins’ dan hormon ‘neurotransmitters’ dan penurunan tahap hormon stress ‘cortisol’ dan ‘adrenaline’ .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.

12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa ‘mengurut’ organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

http://my.effectivemeasure.net/emnb_18_27556.gif?395248620
13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

15. Pujangga menyebut :
” SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA”. Jadi kengkawan jangan lupa untuk senyum, sekerat atau meleret tak kisah lah jangan senyum sinis dah lah tu tak baik tau dan kalau ketawa tu jangan keterlaluan plak cukup sekedar nya sahaja ok.