Wednesday, 10 April 2013

25 km ..

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...
      Hari ni saya nak cerita sikit pengalaman menjalani latihan sepanjang cuti mid sem ni.. Kami telah dibawa oleh jurulatih untuk menjalani latihan di Sepang..Kami telah diberi ujian (kira macam main explorace tu) dimana di setiap "check point" terdapat makanan dan minuman..Jika kami sesat,kebulur la jwbnya...Ujian pandu arah ini memang agak berat kerana kami akan berjalan kaki selama 2 hari sejauh 25 km(rasenye mcm lebih) dgn membawa bag pack yg seberat 5 kg...
     Memang ujian mental dan fizikal betullah...Latihan seperti ini akan membentuk peribadi kami untuk lebih berdikari jika berlaku apa-apa perkara yang bakal terjadi..Kami dalam satu kumpulan hanya diberi kompas dan peta serta perlu mencari jln keluar dr hutan tersebut sebelum sampai ke check point (ade 3 check point)...mmg lelah rasenya..naik turun bukit yg curam sambil membawa bag dan dalam keadaan hujan lebat...
      Dari situ timbulnya sikap kerjasama antara kami iaitu palapes ukm ( ukm + usim) sebagai satu skuad..alhamdulillah kami mampu menyelesaikannya walaupun mengalami sedikit kecederaan..kecederaan tidak mematahkan semangat kami utk terus berusaha menamatkan ujian ini..Tahniah kepada rakan-rakan semua..
    sekian , wasalam...

sejauh mana pun perjalanan kita,jangan pernah lupa pada jasa ibu dan bapa...

     

No comments:

Post a Comment