Assalamualaikum dan selamat malam buat para pembaca sekalian......
Kepenatan masih lagi terasa. Di sini aku ingin menyambung kisah semalam (macam cerita drama pulak). Seperti biasa aku bangun pagi-pagi buta untuk bersiap-siap ke Port Dickson. Hari Ahad, 3 Mac 2013, Pantai SaujanaHERE WE COME...!!!! eXCITED WEH..!
Sesampai di Markas Tentera Darat kami solat Subuh berjemaah sebelum bergerak ke Pantai Saujana untuk menyaksikan pertunjukan oleh Pasukan Tentera Darat. Kami bakal menyaksikan keupayaan terup Tentera Darat. Pada awal pagi kami diberi masa selama 45 minit untuk bersarapan. Lalu lautan hijau memenuhi pasar-pasar yang menjual pelbagai jenis makanan pada pagi itu.
Setelah berbaris, kami mengambil tempat yang strategik untuk menyaksikan pertunjukkan dengan jelas. Hampir satu jam kami menunggu ketibaan tetamu kehormat untuk turut tiba menyaksikan persembahan pada hari tersebut.... Hari tu pulak aku jumpa kadet SPPTD (boleehh taahaaann =D yang kebetulan turut sama berdiri bersesakan bersama kami. Apa salahnya mengeratkan silaturrahim di samping mencari jodoh.. tentera kot.. ehh??? (tingtong =,=?)
Hari ni punya demonstrasi yang real punya peluru dengan segala bagai lagi jenis senjata. (M16, GPMG dengan mortar je yang aku tau, yang lain tak belajar lagi) Bom pulak yang betul-betu punya sampai meletup kapal (tinggal kerangka) pastu ktorang berdiri, rasa macam gempa bumi weh, mcm dlm perang lah...! Haish, byk lagi lah yang aku tak boleh nak cerita. Sebab ni pengalaman yang aku rasa dengan hati naluri lah first time tengok....
Paling gempak penutupnya, pentauliahan KOMANDO. . . Aku tabik triple spring buat diorang yg berjaya habiskan lthn tuh..walaupon perit utk mereka lalui,tp mereka sanggup utk negara tercinte...paling menyayat hati bile tgok family mereka turut hadir sama2 utk pertauliahan tersebut (lebih kurg macam graduate lah)...bile tgok dorg ni kn, mmg besungguh2 lah..jalan pon mcm lutut nak tecabut ( sbb dorg sblm tauliah kne lari anak lebih kurg 232km selam 3hari beturut2 sambil bawak bag pack (10kg) ) huh..tabikk bejuta spring aku...gile lah...=,="..
Tahniah buat ATM =DD.. utk entry kali ni aku xdpt nk post gmbr sbb khusyuk sgt tgok dorgny demonstrasi .. sekian WASALAM ...=)
No comments:
Post a Comment